Halaman

Jumaat, 1 Mac 2013

Kejayaan!melahirkan(bersalin)...

Semak2 dan habuk dah penuh dalam blog ni.
Bulan due(2) mase tu ade update tak erk?entah!tak brape nak ingt lah..hahah

Oh!tajuk atas sana...
Megambarkan sahabat baik saya selamat melahirkan anak masing2...
Sibuk!punye pasal tak sempat nak post something dalam blog.
Baby boy and baby girl!
wah!excited betul mase tunggu dieorang due date.

Mira dapat baby girl yg lahir pada 18/1/13...
Tak brapa berat tapi sihat semua dan sempurna.
  
Irdina Syazwina
Kalau tengok betul2 memang ikut sebijik muka macm ayah die. :P

Ihsan dapat baby boy..pada 27.1.13
Berat skit je dari baby mira tu...
Muhammad Fariz Haziq
baby ni pun sama,ikut muka macam ayah die.

Aduhai!kawan2 semua selamt bersalin.Tapi saya bile lagi?hahah


||Syg baby baru :P||

Sabtu, 2 Februari 2013

:: Berjaya!PC FAIR jtmk PTSS 2013 ::

Yahooo!!!!
Leganya hati ini.Akhirnya projek akhir untuk modul CYBERPRENEURSHIP selamat diijab kabulkan.
OPSSS!selamat diadakan lah!HAHAH.
Dengan susah payahnya kumpulan masing2 mencari pembekal untuk gerai2 masing2.Last2 dapat jugak dengan pelbagai masalah.Yela..hidup ni takkan nak senang selalu.Hehe.
PC fair ni diadakan pada 30/1-31/1/13...pada waktu kelas.Terpaksela kami 3 kelas anti kelas pada hari lain.Aduhai!...untung xdapat..letih je yg dapat...HUHU :").
Tak nak cakap panjang.JOM tengok gambar2 yang telah diambil.!







||Teamwork yg boleh dilihat||

Khamis, 3 Januari 2013

"3.142 Contest!!!"

Salam 1 Malaysia!Salam Kasih Sayang dan Salam Dunia Teknologi!

"Sudikah awak menjadi permaisuri hidup saya?"

Anda sudah dilamar? Taniah!
Majlis perkahwinan sedang dirancang bersama-sama  ?
TAPI... ada satu masalah yang muncul?
Bukan masalah dengan baju pengantin terlalu ketat atau masalah tempahan makanan.
TAPI... masalah sebab tak ada "photographer & videographer" ?

AyOYO!!!
Masalah tu boleh selesaikan lah bro! HaHaHaHa
Korang nak tahu semua tu ada kat mana? Cepat2 teka..nanti dapat gula-gula DAIM sebiji. (Ok.semua kene TIPU!)
Tak tahu lah tu,kan2???Mari saya tolong bagitahu.

Jeng!Jeng!Jeng!
Semestinyalah dengan CST PRODUCTION!!!



Pakej dari mereka yang memang cukup lengkap dan b'patutan.Nak tahu kenapa?
Dengan WUJUDNYA projek terbaru yang dilaksana iatu "Project2PI" amatlah berbaloi dengan kebolehan mereka melakukan kerja mengikut hasil yang anda inginkan.


"Hah??Apa itu "Project2PI" adakah nama bagi kumpulan K-POP?"

HELLO!bukan lah!
Mari duduk rapat2 cepat!Saya nak m'perkenalkan apa itu "Project2PI".OK!
dah bersedia belum? HaHaHa.

AMARAN : Sila baca dengan teliti. =D

"Project2PI" adalah satu siaran lansung(*live update) yg melibatkan laman sosial terkini yang paling popular iatu Instagram dan Facebook.Cara-cara yang dilakukan oleh crew "Project2PI" adalah dengan mengambil gambar dengan kamera yang berkualiti dan secara automatiknya gambar akan masuk ke dalam I-pad dan I-phone seterusnya akan masuk terus ke dalam Instagram pemilik akaun.

"Project2PI" juga sesuai dengan zaman kegemilangan teknologi.Iatu dengan wujudnya laman sosial yang selalu di tengok oleh orang ramai.Projek yang dilaksana  adalah menggunakan sistem fotografi yang mudah di muat turun(*upload).Keistimewaaan "Project2PI" adalah gambar-gambar yang telah diambil akan terus dimuat turun didalam Instagram yang telah diambil.Profesional gambar akan diguna pakai untuk proses muat turun ke dalam Instagram.

MENARIK DAN TERTARIK?

Bukan itu sahaja "Project2PI" juga akan memuat turun gambar ke server "Project2PI" untuk diberi kepada anda termasuk gambar-gambar keseluruhan yang ada didalam tablet dan I-phone.Keterujaan anda pasti akan dirasai apabila satu vendor album yang cantik dan tinggi kualiti telah dipilih iatu PHOTBOOK.COM.MY, yang mempunyai variasi boleh dipilih saiznya.

TikTokTikTok! Habis sudah ceritanya.HaHaHa.


Cadangan khas untuk "Project2PI" :

1)Kembangkan lagi "Project2PI" ke luar negara,seperti ke negara yang terdekat iatu Singapore,Thailand,Brunei dan Indonesia.
2)Menyediakan pakej yang paling berbaloi kepada pasangan yang berkahwin muda.
3)Lancarkan "Project2PI" di setiap pasar raya yang terpilih(supaya orang ramai lebih mengenali "P2PI" dan bukan sekadar melakukan tempahan dalam online)
4)Selalu membuat pertandingan yang menarik minat orang ramai di laman sosial (Facebook & Instagram)

Tagline untuk "Project2PI" :

"many wonders of technology we will use"

"WooOOOW!Sangat menarik!Nak contact macam mana dan nak tengok dimana ya semua itu?"


OK!
Ayuh semua pakat klik dibawah sini : 
 Instagram P2PI : http://instagram.com/project2pi
Facebook P2PI : https://www.facebook.com/project2pi 
Project2PI  : https://www.facebook.com/notes/project2pi/3142-contest/227259494075259
Tonton video klik "Project2PI" di YouTube : http://www.youtube.com/watch?v=CKpMMry03g4


Lepas ni semua orang boleh tengok untuk mengintip apa yang dilakukan dalam "Project2PI".Rajin2kanlah  like dan follow page tu ya!
Enjoy! *terima kasih kepada yang sudi membaca dgn teliti. :D

||Chaiyok CST production||
 

Rabu, 2 Januari 2013

Hello 2013! CST production "saya terpegun!"

Hello...hello..hello!
Selamat tahun baru semua.!Aktiviti menyambut tahun baru ialah memakan kuaci sambil layan video2 kahwin dari CST production.Oh!sangat2 lah terpegun sebenarnya dari segi peng "editan" dan cara rakaman video mereka.Rasa dialam sebenar perkahwinan bila dapat tengok video yg telah d'upload dari team CST.Nak tahu macam mana t'boleh like CST production dalam Facebook.?
Ceritanya b'mula begini,ada lah suatu hari tu,tengok rancangan TV iatu Malaysia Hari Ini(MHI) TV3.(Kalau tak silap lah),lepas tu terus tertarik apabila tengok satu rakaman yang m'nunjukkan sebuah perkahwinan sepasang pengantin baru yang dibuat di Bali,Indonesia.Dengan rakaman yang dibuat menggunakan "Helicam" dari Gayat Team.Memang masa tu terpegun habis sbb nya,tak pernah tengok video "awesome" mcm tu,dgn kamera dari atas langit..bergerak macam kita sedang berada di atas helikopter.Hahaha :D
Memang terpegun!
Lepas dah "like" facebook CST production tu,terus je ikut p'kembangan t'baru CST,apa yang dierong lakukan sbb masa tu dah memang rasa sangat teruja dan teruja lagi.HAHAHA
Dari mula mengenali CST production,CST terus maju dengan kewujudan CST breed,CST singapore,CST akustik,Gayat dan yang terbaru sangat lah terpukau apabila CST b'jaya b'gabung untk melakukan PROJECT 2 PI!..projek tu memang projek sangat2 lah bagus sebab setahu saya dalam p'kembangan fotografi dan rakaman tak pernah ada projek yang terus update apabila ada sesuatu majlis sedang b'laku.
Argh!terasa jeles dgn dierong2 yang mampu memiliki video dari CST production.
Buat CST production,semoga anda terus b'jaya dalam bidang anda semua jalankan.Saya tetap menyokong,dari belakang.
promotion dari CST.  

 facebook CST production : https://www.facebook.com/cstproduction
sila2 lah like page FB CST :)


||Andai berpeluang mengalami sendiri b'kerja di CST,kan best ||

Isnin, 31 Disember 2012

:The last post of 2012:

Taip dgn laju2 sekarang ni sebab dah nak dekat pukul 12 dan dah nak masuk tahun 2013.Oh Tuhan..
Ape yg ade sepanjang 2012?
Kalau nak diceritakan memang penuh lah entri ni,haha

Lulus lesen motor dan kereta.
Tamat praktikal 
Bertunang

Kejayaan terbesar sy dlm tahun 2012.
Hahah
Taniah buat diri sendiri.
Apa2 pun,selamat akhir tahun 2012.
:)

Jumaat, 21 Disember 2012

::Kawan Kelas Diploma yg Terbaik::

Pertemuan kita ini,akan b'akhir setelah cukup habis masa jam kredit yg kita p'juangkan.Bukan b'makna kita akan terus t'pisah,kerna gambar yg telah kita ambil,itulah kenangan buat kita selama-lamanya.Tanpa masing2,takkan t'bentuknya kelas DIH.Takdir hidup yg indah kita jalani b'sama2 tanpa sedar,dgn masa yg pantas b'lalu.Banyak m'dewasakan kita.Terima kasih tdk t'hingga buat semua yg berada disamping sepanjang kita berada di PTSS,Perlis.
Inilah KITA

Sabtu, 15 Disember 2012

KAMI bertukar STATUS! :)

Alhamdulillah,dengan limpah kurnia-NYA yg telah dilimpahkan dan dilimpahkan lagi..
Opss!t'lebih limpah...

Pada tanggal 07 Disember 2012 b'samaan 23 Muharam 1334 pada jam 4.04 ptg,sy dengan rasminya telah selmat m'jadi tunangan kpd jejaka yg b'jaya m'lamar sy.

Perasaan ketar dan takut masih sy tidak lupa hingga ke hari ini,disaat nama sy dipanggil untk keluar drpd untk langkah seteusnya iatu naik pelamin.Wah!.ketar lutut ni..hahaha
taaadddaa!ni la pelamin sy.
 Gare2 ade pelamin kot,sampai sy t'over b'debar dan gare2 mama la ni yg b'sungguh sgt nak psg pelamin tu.Dah la mahal,adus..tapi mujur lepas 5 hari pertunangan kami,baru die robohkan.Nampak la rugi sikit,sbb duit sewe pelamin tu boleh beli bende lain mcm baju dan makanan.Ish..mama yg degil!hahaha :D

Tema warna pulak kami telah b'jaya memilih warna unggu + krim,walaupun dah t'lalu biasa tengok warna unggu ni,tapi kami t'paksa ambik jugak warna tu,memandangkan baju yg sy pkai nnti bunge2 cinta b'warna unggu. Ada sy buat p'mintaan dgn si dia untuk m'buat tema warna "PINK".Tapi awl2 dah kene "reject" sbb si dia yg sy syg,amatlah m'benci "PINK".uh!okey!sy plak amat kecewe dgn tdk kebenaran drnye. HUHUHU

Baju dan pelamin already dah ada,masalah yg sy alami pulak ialah untuk m'cari tudung  dan veil yg sesuai dgn jubah sy yg sy akan pakai,idea yg datang untuk b'hubung dgn sahabat lama akhirnya m'buahkan hasil,sebab sahabat sy tu,b'kerja dibutik tudung,berita yg paling m'gembirkan apabila die dgn rele hatinya untuk "SPONSER" tudung dan m'buat veil.Oh!amatlah t'haru dengan kebaikan dia.Siap dia dtg dgn pakej untuk make up kan sy.Secara p'cuma sebagai hadiah p'tunagan sy.
si dia yg make up + sponser tudung + veil.trime kasih kpd Yus :)


Okey!selesai masalah tudung + veil + make up.Alhamdulillah,lega hati ni,bila dah xpyh fikir pasal tige p'kara t'penting yg mesti ada.Jemputan untuk kawan2 mula di"forward"kan dua minggu lebih awal melalui mesej dan pm facebook.Reaksi yg sy dapat bila bagitahu hal p'tunangan sy.Boleh dikatkan 90 % kawan sy tak percaya!HAHAHA.
Lawak giler mase tu,sy dah tahu nak terangkan apa,masa dierong ingt saya main2 dgn majlis p'tunangan yg bakal b'lansung.Just hanya mampu t'gelak.Smpai terasa amat letih untk m'nerangkan p'kara yg betul2 akan t'jadi. Setelah m'yakinkan mereka,akhrnya dgn susah payah,mereka p'caya api masih dlm ragu2.

Proses berkemas rumah diteruskan hari ke hari.Letih yang amat,tapi t'pakse handle sume dgn seorang diri,memandangkan kakak dan abang saya balik lewat,membuat kerja rumah sehingga deman dan mengalami batuk yang teruk.Risau tak sempat sihat sebelum majlis,terus ke klinik ambik ubat apa yg patut.Syukur!sehari sebelum majlis,badan terasa sihat sepenuhnya.Mampu t'senyum dan m'bebel "potpetpotpet".

B'cerita panjang pula,sgt letih menaip.Jom layan gambar sekita majlis.
u and me!with love.

mama dan abah

disaat cincin disarungkan di jari

kwn2 yg hadir.
Diharap status yg saya pegang genap seminggu ini akan lebih m'jamin untuk saya lebih setia dan memahami erti kasih sayang,dan lebih berkerjasama untuk ke alam seterusnya.Jutaan terima kasih kepda semua yg t'libat secara nmapak ataupun ghaib.Buat jejaka Mohd Farhan Abdullah,sy b'harap lepas ni,awak bagi kasih sayang untk wanita hanya untuk saya.Semoga hubungan yang kita bina akan terus b'kekalan.

||semakin teruk sy sedih,sbb terasa diri ini selalu ditinggalkan||